Friday, January 16, 2009

Bersifat mahmudah lebih baik

Pengumunan Pendek: Pihak syarikat memohon agar semua ahli-ahli GMSB terus bertenang dan bersabar dengan perkembangan terkini syarikat kita. Dato Pengarah menerangkan bahawa GMSB belum lagi disabitkan apa apa kesalahan. Kejayaan GMSB ini mengundang dengki dan busuk hati pihak-pihak tertentu yang sentiasa tidak senang melihat usahawan bumiputera berdiri setanding dengan bangsa lain. Beliau juga menambah siasatan ini hujungnya nanti akan membuktikan bahawa konsep rakan niaga yang menjadi amalan syarikat bukannya skim cepat kaya seperti yang ditohmah.

Monday, January 12, 2009

10 hari bukan lama...

Kami dengan jujur berharap ahli-ahli GM akan dapat bersabar. Insya-Allah, pada 18 - 20 hb Januari ini masalah syarikat akan dapat diselesaikan. Demikian pengakuan Dato pengarah GM sendiri. Ketika ini kerja-kerja pengauditan sedang dijalankan untuk mempastikan pembayaran yang selama ini tertunggak akan dibayar semula.

Untuk semua ahli-ahli GM, jangan lepaskan peluang mengikuti seminar Haalalan Toyyiba yang telah dijadualkan pada 17 Januari ini. Dijangka Dato' akan mengambil peluang untuk membuat pengumuman tentang keadaan semasa GM yang kita cintai.

Teruskan cita-cita, gemilang bersama GM!!!

Saturday, January 10, 2009

Selamat Datang ke Buletin Gemilang Mirza Sdn. Bhd.

Selamat datang kepada para pelabur Gemilang Mirza Sdn. Bhd. Laman ini kami sediakan supaya ahli-ahli gemilang mirza boleh mendapat perkembangan terbaru dari sumber-sumber yang sahih. Kami akan mengemaskini laman ini tidak lama lagi.

LeMonkey
ZW
Buda Sue Ni

Gemilang Mirza

Mohon agar semua ahli Gemilang Mirza bersabar dan bertenang. Pihak syarikat memberi jaminan akan terus kekal dan modal para ahli semuanya selamat. Kita sudah tahu masalah ini bukan berpunca daripada syarikat dan perkara sebenar sudahpun dijelaskan. Jumlah pengeluaran tunai sepanjang tempoh penyiasatan amat terhad sekaligus menganggu kelancaran pembayaran .Percayalah ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Pengarah tidak pernah lupa kebajikan para pemodal dan peristiwa yang berlaku ini amat beliau kesali. Hairan...Kenapa ada sesetengah orang yang begitu busuk hatinya, tidak senang melihat kejayaan orang lain?

Tenang, sabar dan tabahlah, kerana kita tidak dapat menjangka berapa lama lagi tempoh penyiasatan ini berlangsung..Pesan Dato' , beliau tidak akan tunduk. InsyaAllah jika kita berniat jujur dan ikhlas akan diberkati Allah swt..Kemelut ini tidak akan mematahkan semangat beliau. Syarikat amat yakin dalam tempoh 10 hari lagi semua masalah akan selesai dan Gemilang Mirza Sdn. Bhd. boleh beroperasi seperti biasa. Berilah ruang yang selesa buat Dato' menyelesaikan kes Syarikat dengan pihak Bank mengikut lunas undang-undang. Moga-moga semua ahli masih berfikiran jernih, memahami , sabar, yakin dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.Berusahalah untuk tidak terpengaruh dengan fitnah dan khabar angin.

Pihak syarikat amat berterima kasih kepada ahli-ahli yang begitu setia dan terus memberikan sokongan kuat. Seperti yang dijanjikan, pada tahun 2009 syarikat akan memperkasakan lagi produk-produk keluarannya. Kini edisi baru produk Sarang Burung Mirza boleh anda dapatkan di kedai-kedai stokis dan pengedar berhampiran atau berkunjunglah ke Mini Market Gemilang Mirza. Lebih banyak produk syarikat boleh didapatkan seperti Kopi Pangeran, Mirza Cafe, Teh Misai Kucing dan banyak lagi stok yang baru tiba. Harga diskaun bagi produk sarang burung ialah RM 133 ( Harga sebenar RM 143 ) termasuk CD kopilasi Album Anugerah yang diberikan percuma.

Tahun 2009, ekonomi di beberapa buah negara diramal berada diambang konflik dan kepahitan. Ramalan dan jangkaan sebegini sebenarnya dorongan kepada semua ahli perniagaan untuk maju dan berdayasaing. GMSB juga tidak terkecuali memandangkan bahangnya di negara sendiri. Sebagai seorang ahli perniagaan, saya percaya Dato' Awg. Binting dan Syarikat Gemilang Mirza S/B merangka strategi yang amat teratur dan terancang. Semuanya demi mencapai kegemilangan serta merealisasikan impian dan harapan mandat ahli yang ikhlas bernaung di bawah payung Gemilang Mirza.

Akhir sekali sama-samalah kita jayakan seminar anjuran syarikat pada 17hb Jan ini di Dewan Masyarakat Baru Papar. Penyertaan anda semua amat dialu-alukan terutama sekali kepada mereka yang benar-benar berminat dalam bidang perniagaan.

Mari kita satukan harapan dan keyakinan...Gemilang Mirza pasti semakin kukuh dan berakar kuat.

Sunday, January 4, 2009

Islamic Manufacturing Practice (IMP)




























Pengasas IMP, Ybhg. Tuan Haji Ahmad Tajuddin Arshad, yang juga tetamu kehormat dan selaku Penceramah pada hari Seminar 17hb Jan 2009 di Dewan Masyarakat Baru, Papar.

Amalan Pengilangan Islam atau Islamic Manufacturing Practice (IMP) adalah suatu garis panduan piawaian amalan pengilangan untuk menghasilkan produk-produk "Halaalan Thoyyiba" menurut ketentuan syarak. Ianya juga bertujuan untuk memenuhi keperluan kearah kualiti, kemujaraban, kesucian dan keberkatan semasa proses pengilangan di peringkat awal hingga akhir.

Asas dan ciri-ciri IMP.

  • Menggunakan bahan bahan yang dijamin halal.
  • Kebersihan dan kesucian air mengikut Syarak.
  • Pekerja mestilah muslim, menutup aurat dan sentiasa dalam keadaan wuduk.
  • Dimulakan dengan bismillah dan doa.
  • Tiada muzik dan sentiasa ada bacaan Al Quran.
  • Peralatan dan mesin sentiasa menghadap arah kiblat.
  • Hikmah di sebalik pengilangan IMP

    Makanan yang terhasil dari proses pengilangan yang halal lagi suci menjadi darah daging dan memberi kesan keatas fikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti manusia. Hasilnya mampu mengubah keseluruhan diri ruhani dan jasmani dari kegelapan (Zulmat) kepada petunjuk Allah (Nur).

    Satu-satunya kilang milik Gemilang Mirza Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak yang mempunyai status IMP dalam penghasilan produk dijamin kesucian dan keberkatannya. Mencari yang Halal adalah Fardhu bagi setiap Umat Islam. Maklumat lanjut mengenai IMP lawati www. sidratul. com. my.

    Thursday, January 1, 2009

    Jangan lepaskan peluang

    *MAJLIS SEMINAR KEFAHAMAN PENGGUNAAN DAN PEMAKANAN HALALAN TOYYIBA (BAIK)*

    Seminar yang dianjurkan sepenuhnya oleh Gemilang Mirza Sdn Bhd ini menyediakan khidmat nasihat, perkongsian modal melalui produk barangan, pembentukan jati diri, pembangunan perniagaan, latihan, premis dan promosi kepada usahawan dan bakal usahawan.

    Akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh: 17hb Januari 2009

    Masa: Bermula 8.30 pagi

    Tempat: Dewan Masyarakat Baru, Papar

    Jangan lepaskan peluang! Sertailah Seminar Kefahaman Penggunaan Dan Pemakanan Halalan Toyyiba (Baik), menjadikan jiwa semakin bersih dan penampilan berseri. Satu-satunya kilang milik Gemilang Mirza di Ipoh, Perak yang bertaraf Islamic Manufacturer Product (IMP) di Malaysia.

    Objektif seminar:

  • Memberi kesedaran bahawa terdapat risiko haram dalam proses pengilangan produk pada era masa kini.
  • Ciri-ciri asas menubuhkan sebuah kilang bertaraf IMP.
  • Mengenali lebih dekat lagi Pengasas IMP yang pertama di Malaysia, Ybhg. Ustaz Ahmad Tajjudin B. Arshad yang juga selaku penceramah seminar.

  • Tarikh tutup penyertaan pada 15hb Januari 2009.
    Yuran penyertaan sebanyak RM 100 sahaja.

    *Sembilan daripada Sepuluh Rezeki itu datangnya daripada Perniagaan*